Senarai pengguna F-16_Fighting_Falcon

Pengguna sekarang

Cadangan jualan terkini

  • Pada bulan November 2006, Tentera Udara Pakistan telah memeterai Surat Penerimaan untuk 18 buah pesawat baru F-16C/D Blok 52+, 26 buah pesawat F-16A/B Blok 15 dan 60 buah pesawat Mid-Life-Update M3 Tape modules/kits sebagai sebahagian daripada perjanjian bernilai AS$ 5.1 bilion termasuk pesawat pejuang, kemudahan infrastruktur sokongan, latihan dan persenjataan. Penghantaran pesawat F-16A/B dijangka bermula pada tahun 2007, sementara pesawat awal F-16C/D dijangka akan diterima pada akhir tahun 2008 atau awal 2009. Program perolehan semasa untuk pesawat baru dan pesawat yang diperbaharui dan ditingkat upaya untuk 60 buah pesawat terpakai dijangka akan disiapkan sebelum tahun 2010-2012, berdasarkan kenyataan Ketua Marshal Udara Tentera Udara Pakistan, Tanvir Mahmood Ahmed. Pada bulan April 2006, Janes Defence Weekly melaporkan Tentera Udara Pakistan mungkin akan membeli tambahan 33 buah pesawat F-16C/D Blok 52+ - ia mungkin termasuk pilihan untuk memperoleh 18 buah pesawat Blok 52+ daripada perjanjian sekarang. Pada bulan Julai 2007, Komander Pusat Arahan Tentera Udara, Leftenan Jeneral Gary L. North (Tentera Udara A.S), dan seorang juruterbang A.S yang lain menerbangan 2 buah pesawat F-16 ke Pakistan untuk Tentera Udara Pakistan.[53]
  • Tentera Udara Filipina juga menunjukan minat akan pesawat F-16, tetapi rancangannya untuk membeli Pesawat Tempur Pelbagai Peranan moden unutk mengantikan angkatan pesawat F-5A/B Freedom Fighters yang telah dibersarakan telah ditangguhkan disebabkan oleh alasan ekonomi dan operasi menentang keganasan sebagai keutamaan. Pada pertengahan tahun 1990-an, Tentera Udara Filipina tidak menunjukan reaksi akan tawaran A.S untuk menjual 28 buah pesawat F-16A/B Blok 15, yang mana disekat daripada dihantar ke Pakistan. [54] [55]
  • Tentera Udara Taiwan memerlukan pesawat pejuang generasi baru untuk mengantikan angkatan pesawat F-16 A/B Blok 20, telah menunjukan minat pada pesawat F-35 Lightning II baru. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh isu-isu politik, tiada kemungkinan negara pulau ini boleh mendapatkan pesawat pejuang termaju dalam jangka masa yang terdekat. Disebabkan itu, Tentera Udara Taiwan membuat pilihan dengan mendapatkan sehingga 66 buah pesawat F-16C/D Blok50/52 baru sebagai pesawat pejuangnya untuk sementara waktu.[56] Seperti perolehan peralatan ketenteraan yang lain, Beijing telah menunjukan tentangan terhadap perolehan ini.
  • Jabatan Pertahanan A.S telah memberitahu Kongress A.S akan rancangannya untuk menjual 24 buah pesawat F-16C/D kepada Maghribi bersama-sama sistem avionik termaju dan peralatan-peralatan yang berkaitan. Pesawat F-16 mungkin akan dipasang sama ada dengan enjin Pratt & Whitney atau General Electric.[57]
  • Tentera Udara Croatia sebelum tahun 2011 akan membeli 12 buah atau lebih pesawat pejuang pelbagai peranan moden untuk mengantikan pesawat MiG-21 B/MF. Anta calon-calon yang berkemungkinan besar adalah JAS 39 Gripen atau F-16C/D.[58]
  • Tentera Udara Indonesia sedang mendapatkan kelulusan untuk membeli 6 buah pesawat baru F-16 C/D untuk mengukuhkan skuadron pesawat F-16 mereka.[59] Pada masa sekarang, 10 buah pesawat F-16 berada dalam perkhidmatan, pada asalnya Tentera Udara Indonesia memiliki sejumlah 12 buah tetapi 2 buah telah terlibat dalam kemalangan yang berasingan.[60] Dari tahun 2000 sehingga 2005, A.S telah mengenakan sekatan senjata terhadap Indonesia yang mana telah menyebabkan skuadron F-16 tersadai disebabkan oleh ketiadaan alat ganti.
  • Jabatan Pertahanan A.S (Pentagon) berkata pada 19 Mei 2008, bahawa mereka telah memberitahu Kongres A.S akan kemungkinan jualan 24 buah pesawat baru F-16 dan 24 buah pesawat diperbaharui, termasuk peralatan berkaitan, dalam satu perjanjian bernilai sehingga AS$ 4.5 bilion kepada Romania.

Bekas pengguna

  •  ItaliTentera Udara Itali telah menyewa sehingga 30 buah F-16A dan 4 buah F-16B daripada Tentera Udara A.S bermula pada tahun 2001 sehingga 2012.[61]

Rujukan

WikiPedia: F-16_Fighting_Falcon http://www.mil.be/fr/composante-air http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/.... http://www.cnn.com/2015/11/24/middleeast/warplane-... http://www.codeonemagazine.com/archives/1991/artic... http://www.codeonemagazine.com/archives/1997/artic... http://www.dawn.com/2007/07/11/top11.htm http://www.defencetalk.com/norway-withdraws-fighte... http://www.flightglobal.com/articles/2007/12/27/22... http://www.fundinguniverse.com/company-histories/G... http://haber.gazetevatan.com/Ucaklar_nasil_vurdu_1...